- Gunakan lampu kalimantang sama ada berjenis tiub atau "compact fluorescent lamp'
- Gunakan 'direct lighting' atau 'task lighting' dan bukan 'diffused lighting'.
- Padamkan lampu jikalau tidak digunakan.
- Apabila memasang lampu-lampu, pastikan susun atur pensuissan yang sesuai.
TELEVISYEN :-
- Tutupkan televisyen jikalau tidak ditonton
- Jikalau mempunyai lebih dari satu televisyen, gunakan satu sahaja jika semua keluarga menonton rancangan yang sama.
- Pilih saiz dan televisyen yang berkualiti.
- Jangan biasakan menggunakan 'standby mode'.
PETI SEJUK :-
- Pilih peti sejuk yang menggunakan kurang tenaga elektrik dengan saiz yang sama
- Apabila mengambil sesuatu dari peti sejuk pastikan pintu tidak terbuka terlalu lama.
- Jangan meletakkan makanan yang sedang panas ke dalam peti sejuk.
PENGHAWA DINGIN :-
- Pilih penghawa dingin yang mempunyai kadar kecekapan tenaga ( EFR) yang tinggi.
- Pilih penghawa dingin yang bersesuaian dengan saiz ruang sesuatu tempat.
- Apabila menggunakan penyaman udara, pastikan semua pintu dan tingkap ditutup.
- Jangan menatah suhu yang terlalu rendah.
- Gunakan tirai, langsir atau bumbung 'awning' bagi menghalang pancaran matahari dari meningkatkan suhu bilik.
KIPAS ANGIN :-
- Pilih kipas angin yang menggunakan tenaga elektrik tetapi dengan kadar pembekalan udara yang sama
- Apabila menggunakan kipas angin, pastikan tingkap dan pintu biik tidak tertutup .
PEMANAS AIR :-
- Sekiranya menggunakan air panas untuk mandi dan sebagainya, gunakanlah pemanas air jenis segera kerana ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik dibandingkan dengan pemanas air jenis storan.
- Jika menggunakan pemanas air jenis storan pilihlah saiz yang sesuai dan mempunyai lapisan penebat yang baik.
- Untuk memastikan keselamatan, peralatan air panas itu mestilah dilindungi oleh pemutus litar ke bumi (RCD) yang sesuai dan dipasang oleh yang berkelayakan.
MESIN BASUH :-
- Pilih mesin basuh yang kurang menggunakan tenaga elektrik.
- Kumpulkan pakaian- pakaian bahan yang perlu di cuci supaya mesin itu dapat digunakan dengan cekap.
CEREK ELEKTRIK :-
- Masaklah air mengikut keperluan sahaja.
- Sekiranya boleh, gunakan cerek air elektrik automatik.
- Untuk memastikan keselamatan, pastikan sukatan minimum air di patuhi.
STERIKA ELEKTRIK :-
- Kumpulkan pakaian supaya boleh di gosok pada satu masa.
- Jangan sesekali biarkan stereka tidak digunakan dalam keadaan 'on' begitu lama.
- Pastikan tetahan di buat bersesuaian dengan suhu yang diperlukan dan jenis pakaian yang di gosok.
Akhir kata penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dapat membantu kita mengurangkan perbelanjaan ke atas penggunaan tenaga dan juga boleh memberi jangka hayat sesuatu perkakas tahan lebih lama. Semoga info ini dapat memberi manfaat bersama. Terima kasih ! :)









No comments:
Post a Comment