Ramai yang beranggapan pendawai adalah suatu pekerjaan remeh yang dipandang rendah atau senang kata tiada CLASS lah. Tetapi mereka tidak tahu skop tugasan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang pendawai. Untuk mendapatkan sijil kekompetenan dari Suruhanjaya Tenaga mereka perlu menjalani ujian serta pembelajaran yang agak rumit. Disini saya sertakan senarai dan sukatan pelajaran yang mereka akan hadapi jikalau ingin mengambil sijil kompeten PW2 Single Phase.
Sukatan Pelajaran (Syllabus) Bagi Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal Endorsan
- Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
- Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan Peraturan-Peraturan Elektrik (Pindaan) 2003
- Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364
- Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.
- Pengetahuan Elektrik Asas :-
- Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, arohan, kapasitan, ulangan dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
- Hukum Ohm.
- Sambungan bersiri dan selari
- Formula kuasa
- Sistem bekalan elektrik dan kadaran voltan
- Kabel
- Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya
- pemilihan kabel yang betul iaitu seperti
- keupayaan membawa arus
- pengiraan susut voltan
- faktor pelbagai
- faktor-faktor pembetulan
- jenis-jenis penamatan kabel
- Pendawaian
- Sistem pendawaian
- Permukaan, tertanam, konduit, sesalur dan sebagainya
- faktor-faktor pemilihan
- jenis-jenis dan saiz konduit / sesalur
- faktor ruang
- Litar lampu
- suis satu hala, suis dua hala, suis perantaraan
- litar kuasa
- jejari, gegelang, spu
- mata penghawa dingin
- mata pemanas air
- pengasing
- Alat Uji dan Pengujian
- Jenis-jenis ujian dan turutannya
- Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya
- Jenis-jenis alat uji
- Insulation tester, Earth Resistance Tester, Multimeter, Ring Main Tester, RCB Tester dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan pengujian pendawaian elektrik.
- Alat-alat Pengukur Kuantiti Elektrik
- Penggunaan dan prinsip bekerja alat-alat pengukur iaitu, jangkaampere, jangkavoltan, jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya
- Perkakas Suis & Papan Agihan (SPN)
- Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna, bilangan hala dan sebagainya
- Cut out dan Neutral Link
- Perlindungan Litar
- Jenis-jenis kerosakan elektrik
- Peranti perlindungan dan penggunaannya
- Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian
- Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius
- MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
- MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian
- Pembumian
- Jenis-jenis pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
- Peranti RCB satu fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.
- Sistem Perlindungan Kilat
- Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat.
- Radas-radas Elektrik
- Prinsip kerja radas-radas elektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya.
- penghidup satu fasa
- Rekabentuk pepasangan elektrik
- pengetahuan simbol elektrik
- pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema dan susunatur elektrik
- kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan sistem pemadam kebakaran
- pengiraan beban

No comments:
Post a Comment