Kita leka dan tidak mengambil kira dalam membeli tayar kenderaan kita ia boleh mengakibatkan kemalangan atau ketidaksuaian dengan kenderaan kita, cuba kita perhatikan kod atau simbol yang terdapat di bahagian sisi tayar kenderaan kita.
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar :
175/70R13/82H
*Lebar permukaan bawah tayar = 175mm
*Lebar permukaan sisi tayar = 70mm
*Jejari = R
*Diameter rim = 13inchi
*Indeks muatan &simbol kelajuan = 82H
- Indeks muatan 82 bermaksud tayar itu boleh menampung muatan seberat 475kg
- Indeks muatan 71 bermaksud tayar itu boleh menampung muatan seberat 345kg
- Indeks muatan 125 bermaksud tayar itu boleh menampung muatan seberat 1677kg
*Simbol H = kelajuan maksimum dengan tayar tersebut ialah 210km/h
*Senarai KOD HURUF MENGIKUT KELAJUAN
S=180KMH
T=190KMH
U=200KMH
H=210KMH
V=240KMH
Z=MELEBIHI HAD LAJU 240KMH
W=270KMH
Y=300KMH
ZR= UNTUK TAYAR YANG MENGATASI 270KMH KEATAS.
*Treadwear 240 traction a temperature A 1905.
-Kadara kehausan bunga =240 ( semakin tinggi nilai,semakin lambat haus)
-Kekuatan Cengkaman tayar= Traction A (paling bagus AA diikuti A,B & C)
-Ketahanan suhu = Temperature A
* A = Kawasan panas
* B = Kawasan bercuaca normal
* C = Kawasan sejuk
* Tarikh pembuatan = 1905
- Dua nombor pertama adalah minggu keberapa dibuat (1-52) jika 19 maka tayar itu dibuat pada minggu ke 19 atau minggu ke 2 bulan mei.
- Dua nombor terakhir ialah tahun ia dibuat . Jika 05 maka dibuat pada 2005.















